Johor bentang pelan pembukaan sempadan kepada Pusat - Utusan Malaysia

Johor bentang pelan pembukaan sempadan kepada Pusat

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor telah membentangkan pelan khusus mengenai keperluan membuka segera sempadan Malaysia-Singapura kepada kerajaan Pusat dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang berlangsung pada hari ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu khusus membincangkan mengenai kesan pandemik Covid-19 terhadap ekonomi Johor.

“Kerajaan negeri amat menghargai peluang yang diberikan dan antaranya telah membentangkan pelan kerajaan negeri untuk pembukaan semula sempadan Johor dan Singapura bagi melonjakkan kembali ekonomi yang memberi manfaat kepada rakyat. 

“Di Johor, kita telah bersedia dengan keupayaan untuk menjalankan ujian saringan sebanyak 10,000 hingga 30,000 sehari melibatkan sembilan makmal swasta yang diiktiraf Kementerian Kesihatan,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Pada minggu lalu, Hasni memaklumkan, satu pelan khusus mengenai keperluan membuka segera sempadan Malaysia-Singapura akan dibentangkan kepada kerajaan dalam mesyuarat EAC pada hari ini.

Pembentangan itu bukan sahaja menyentuh mengenai keperluan membuka sempadan, tapi juga melihat kepada sudut mereka yang bekerja, kesan terhadap pelaburan di Johor serta mereka yang berhasrat untuk masuk melabur di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN