Janda Gua Musang rugi RM480,000 ditipu kekasih UK - Utusan Malaysia

Janda Gua Musang rugi RM480,000 ditipu kekasih UK

Superintenden Ahmad Azizul Mohamed
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lagi jadi mangsa geng penipuan dalam talian.

Kali ini melibatkan seorang pesara penjawat awam wanita yang kerugian lebih RM480,000 selepas ditipu sindiket Love Scam di Gua Musang dekat sini.

Mangsa berusia lewat 50-an dan ibu tunggal sebelum itu berkenalan dengan seorang lelaki Melayu yang mendakwa menetap dan bekerja di dalam industri minyak dan gas di United Kingdom (UK).

Perkenalan itu berlangsung menerusi Facebook bermula bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Ahmad Azizul Mohamed berkata, tidak lama setelah berkenalan, lelaki itu memberitahu hajat menghantar wang perbelanjaan berjumlah RM650,000 kepada mangsa.

“Hujung bulan lepas, mangsa dihubungi seorang wanita kononnya bertugas di Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan bahawa rakan Facebooknya itu telah memindahkan sejumlah wang untuk diproses.

“Bagaimanapun, mangsa diminta membuat bayaran bagi mengelakkan wang tersebut dibekukan,” katanya di sini semalam.

Menurut beliau, dalam tempoh kurang dua minggu, mangsa membuat beberapa transaksi pindahan wang yang berjumlah lebih RM480,000 ke satu akaun bank milik wanita yang menyamar sebagai pegawai BNM.

Katanya, mangsa hanya menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan selepas duit simnpanannya licin sebelum d membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya