JAIS tangguh akad nikah, sesi persekolahan - Utusan Malaysia

JAIS tangguh akad nikah, sesi persekolahan

MOHD. SHAHZIHAN AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangguhkan semua temu janji majlis akad nikah yang tdijadualkan di Pejabat Agama Islam (PAID) Klang berkuat kuasa hari ini.

Semua sesi persekolahan di bawah kelolaan dan kawalan JAIS di daerah Petaling turut ditangguhkan.

Pengarahnya, Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, temu janji nikah itu melibatkan yang dibuat sebelum atau pada Rabu lalu kepada pasangan dari Zon Klang dan Zon Kapar.

“Ia berikutan penangguhan semua aktiviti di masjid dan surau oleh JAIS di seluruh daerah Klang yang dikuat kuasakan sejak Rabu lepas dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Jumaat lalu.

“Sebarang temu janji akad nikah individu terlibat di PAID Klang akan dijadualkan semula,” katanya dalam kenyataan di sini.

Bagi persekolahan pula, Mohd. Shahzihan berkata, semua sesi di bawah kelolaan dan kawalan JAIS di daerah Petaling ditangguhkan sehingga 25 Oktober ini.

Menurutnya, penangguhan itu berdasarkan peningkatan penularan kes Covid-19 di daerah tersebut selain menjaga kemaslahatan para pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat umum.

“Sepanjang tempoh penangguhan aktiviti persekolahan bersemuka ini, semua pengetua, guru besar dan ketua guru hendaklah memastikan pengajaran serta pembelajaran di rumah dilaksanakan mengikut kesesuaian.

“Penangguhan ini berkuat kuasa sehingga terdapat arahan lain terbaharu daripada JAIS,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN