Jaga solat, akhlak elak terjebak najis dadah - Utusan Malaysia

Jaga solat, akhlak elak terjebak najis dadah

SYEIKH KYAIRDER SYAMZARER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Menjaga solat dan akhlak serta memilih rakan ke arah kebaikan demi masa depan adalah antara faktor utama mengelak golongan remaja terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

Penceramah motivasi, Syeikh Kyairder Syamzarey Wan Idris berkata, penglibatan golongan muda dengan rakan yang terpengaruh dadah boleh merosakkan akhlak seseorang itu.

“Sebagai remaja atau anak muda, mereka sepatutnya patuh pada ajaran agama dengan menjaga solat, tingkah laku, menghormati kedua ibu bapa dan sesama insan.

“Contohnya, jika berkawan dengan kaki lepak, jenayah dan dadah, lambat laun serta sedikit sebanyak sudah tentu akan terpengaruh sekali gus terjebak dengan gejala itu yang merosakkan masa depan,” katanyai selepas menjadi panel program Forum Perdana: ‘Pembangunan Islam Dalam Menangani Dadah Dan Pelencongan Sosial’ di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pengkalan Chepa, di sini kelmarin.

Syeikh Kyairder Syamzarer yang juga Tokoh Anak Muda 2013 (Usahawan) berkata, adalah lebih baik golongan anak muda berkawan dengan mereka yang mempunyai masa depan demi bangsa dan negara.

Menurutnya, pada masa ini kes melibatkan penyalahgunaan dadah membimbangkan yang turut melibatkan golongan remaja belasan tahun.

“Kewujudan media sosial memberi ancaman di alam siber yang hanya petik di hujung jari sahaja untuk membeli dadah dengan pelbagai cara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya