Inkues Nora Anne: Sami Thailand beritahu mayat ada di sungai - Sukarelawan - Utusan Malaysia

Inkues Nora Anne: Sami Thailand beritahu mayat ada di sungai – Sukarelawan

CHONG Yue Fatt (atas, kanan) memberi keterangan dalam prosiding inkues kematian Nora Anne Quoirin di Mahkamah Koroner Seremban, Negeri Sembilan yang turut disiarkan secara secara langsung di YouTube.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sami Thailand beritahu mayat ada di sungai

AFIFI HAFIZ MOHD NOR
[email protected]

SEREMBAN: Seorang sukarelawan yang menyertai operasi pencarian gadis Ireland, Nora Anne Quoirin memaklumkan mendapat maklumat mayat orang hilang berada di di dalam sungai.

Saksi ke-28, Chong Yue Fatt memberitahu Mahkamah Koroner Seremban, maklumat itu diperoleh rakannya yang dikenali sebagai Chan dari seorang sami dari Thailand.

Yue Fat yang merupakan individu pertama menjumpai mayat Nora Anne memberitahu, dia berada dalam kumpulan pendaki bukit semasa operasi pencarian itu bersama lebih 20 orang yang lain diketuai Chan.

“Semasa pencarian itu kami agihkan setiap dua orang menjadi satu barisan. Kawan saya cari sebelah kanan dan saya sebelah kiri.

“Sehingga kami jumpa pondok di tepi dan kami jalan lagi selepas pondok itu. Tidak jauh dari pondok itu saya nampak (mayat),” katanya dalam bahasa Mandarin di hadapan Koroner, Maimoonah Aid.

Prosiding inkues kematian Nora Anne dikendalikan pegawai inkues, Nuralis Mat dan disertai jurubahasa mandarin.

Tambah Yue Fatt, dia dimaklumkan, Chan sebelum itu membuat pencarian selama dua hari tetapi tidak menemukan apa-apa.

“Saya ada dengar dari Chan, dia ada telefon sami di Thailand. Sami itu beritahu Chan supaya mencari di tempat ada sungai.

“Dalam pencarian dua hari yang dia (Chan) buat tak jumpa orang hilang, semasa nak jalan balik ke tempat asal dia nampak seolah-olah ada sungai seperti mana yang sami beritahu dia. Hari ketiga barulah kami pergi ke tempat itu,” tambahnya.

Nora Anne, anak sulung kepada tiga beradik yang juga merupakan anak istimewa, bersama keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian selama dua minggu dan mendaftar masuk di sebuah resort di Pantai, Seremban pada 3 Ogos 2019.

Dia kemudian dilaporkan hilang pada awal pagi keesokannya sebelum mayatnya ditemukan sembilan hari selepas itu.

Laporan awal bedah siasat mendapati kematian Nora Anne tidak mempunyai unsur jenayah dan disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca kerana tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan yang berpanjangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya