Henti sebar maklumat sekatan jalan raya sekitar Penjara Reman Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Henti sebar maklumat sekatan jalan raya sekitar Penjara Reman Pulau Pinang

INFOGRAFIK dan gambar rajah berkaitan sekatan jalan raya di sekitar Penjara Reman Pulau Pinang, Georgetown yang tersebar menerusi laman sosial media.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Polis meminta orang ramai menghentikan penyebaran maklumat berkaitan sekatan jalan raya di sekitar kawasan Penjara Reman Pulau Pinang di sini.

Maklumat berkaitan empat sekatan jalan raya itu mula tersebar pagi ini menerusi laman sosial media Facebook dan aplikasi WhatsApp dengan gambar rajah dan infografik lengkap mengenai lokasi sekatan polis.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong menafikan penyebaran maklumat berkaitan sekatan jalan raya tersebut.

“Henti sebar maklumat yang tidak tepat. Tiada sebarang sekatan jalan raya yang dilaksanakan termasuk infografik daripada polis,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, berlaku kesesakan jalan raya di sekitar pusat bandar Georgetown termasuk di Jalan Utama berdekatan Hospital Pulau Pinang dan Penjara Reman Pulau Pinang kira-kira pukul 8 pagi tadi berikutan hujan lebat sejak malam semalam.

Selain itu, terdapat juga beberapa anggota polis bertugas mengawal lalu lintas bagi melancarkan laluan trafik di beberapa kawasan terbabit.

Selasa lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah mengesahkan seorang lelaki berusia 85 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang yang mana warga emas tersebut turut mempunyai penyakit darah tinggi dan kesihatan mental.

Mangsa lelaki tersebut merupakan banduan di Penjara Reman Pulau Pinang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya