Garis panduan baharu MBSP didakwa tidak adil kepada peniaga kecil - Utusan Malaysia

Garis panduan baharu MBSP didakwa tidak adil kepada peniaga kecil

MOHAMED RIZWAN ABDUL GHAFOOR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Garis panduan baharu yang dikenakan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kepada peniaga kedai runcit, penjaja, peniaga kecil dan pengusaha restoran didakwa tidak adil terhadap golongan berkenaan yang kini dihimpit pelbagai masalah ekoran pandemik Covid-19.

Presiden Pertubuhan Komuniti India Muslim Malaysia (iMcom), Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor Khan berkata, antara garis panduan yang dikenakan ialah pemilik kedai runcit hanya dibenarkan menggaji pekerja warganegara.

Selain itu, katanya, pasangan pemilik kedai yang bukan warganegara atau pemegang kad pengenalan sementara tidak dibenarkan berada di premis perniagaan untuk membantu pasangannya.

Malah, tambahnya, pemilik perniagaan dikenakan tindakan jika meninggalkan pasangannya bersendirian di kedai runcit.

“Apa yang menghairankan, garis panduan ini tidak diguna pakai bagi pasar raya besar, pasar raya atau perniagaan rangkaian (francais).

“Apakah di premis-premis yang dikecualikan ini tidak ada mereka yang bukan warganegara bekerja? Jadi kenapa garis panduan ini hanya dikenakan kepada sesetengah peniaga?,” katanya di sini semalam.

Sebelum ini, garis panduan yang dikeluarkan oleh MBSP terhadap pemilik kedai runcit, penjaja, peniaga kecil dan pemilik premis perniagaan itu tular dalam media sosial kerana rata-rata warga maya tidak berpuas hati dengan garis panduan tersebut yang berkuat kuasa 1 September lalu.

Menurut Mohamed Rizwan, lebih 3,000 peniaga kedai runcit serta peniaga kecil dan pemilik restoran terjejas dengan pelaksanaan garis panduan baharu tersebut.

“Setakat ini kami dimaklumkan pemilik restoran juga telah menerima notis yang sama daripada MPSP.

“Kami bimbang jika garis panduan sama urut dikenakan kepada peniaga kecil di bahagian pulau pula selepas ini. Sekiranya dilaksanakan, lebih 5,000 peniaga di seluruh negeri ini terkesan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya