Gaduh, selisih faham punca ramai kena bunuh - Utusan Malaysia

Gaduh, selisih faham punca ramai kena bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pertengkaran dan selisih faham di tempat kerja punca kejadian bunuh banyak dilaporkan di negara ini.

Bagaimanapun, lebih 50 peratus kejadian bunuh tidak dapat dikenal pasti motifnya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, sebanyak 5,608 kes pembunuhan direkodkan dengan membabitkan 5,542 individu menjadi mangsa bunuh dalam tempoh 11 tahun, sejak 2009 hingga tahun lalu.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, 3,453 adalah mangsa bunuh warga tempatan dan 2,089 bukan warganegara.

“Polis turut berjaya menahan 9,398 individu terbabit kes bunuh membabitkan warga tempatan dan warga asing.

“Kebanyakan kes bunuh kebanyakan kerana niat ingin melakukan jenayah bukanlah disebabkan pembunuh upahan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini semalam.

Huzir berkata, sebanyak 50 peratus motif pembunuhan dapat dikenal pasti separuh lagi `misteri’ kerana faktor mayat sudah reput menyukarkan bedah siasat.

“Bagi tempoh 11 tahun itu pembunuhan akibat pertengkaran merekodkan 844 kes selain pembunuhan akibat berselisih faham kerja membabitkan warga asing,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, katanya, sebanyak 290,691 kesmembabitkan kes jenayah kekerasan dilaporkan dalam tempoh sama.

“Jenayah kekerasan yang tinggi dilaporkan membabitkan samun berkawan tanpa senjata api iaitu sebanyak 146,552 kes.

“Berdasarkan statistik, 66, 006 kes mencederakan dilaporkan diikuti, samun tanpa senjata api (40,723), rogol (27,928), bunuh (5,408), samun berkawan bersenjata api (3,445) dan samun bersenjata (629).

Kata Huzir, dalam tempoh sama sebanyak 2,220 senjata api dirampas. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya