Gadis bawah umur dirogol kenalan Facebook - Utusan Malaysia

Gadis bawah umur dirogol kenalan Facebook

MOHD. HAFIZ MUHAMMAD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang gadis berusia 15 tahun berhadapan detik hitam selepas dirogol seorang kenalan Facebook yang dikenalinya dalam tempoh seminggu dalam kejadian di salah sebuah hotel di Bahau, 17 Oktober lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, pelajar itu membuat laporan polis di Balai Polis Bahau petang semalam dan polis menahan suspek dalam tempoh kurang 24 jam.

“Mangsa menjalani pemeriksaan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah. Pakar perbidanan dan sakit puan mengesahkan terdapat kesan koyakan di kemaluannya.

“Suspek yang juga bekerja sebagai pembantu kedai makan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Hafiz berkata, suspek dikesan mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kira-kira pukul 12.01 tengah malam, suspek ke rumah mangsa dan membawa mangsa kesebuah hotel di Bahau.

“Ini adalah kali pertama mangsa keluar dengan suspek. Dia membawa mangsa masuk ke bilik hotel dan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan gadis itu,” katanya.

Difahamkan, gadis itu tinggal bersama neneknya sejak kecil dan ibu bapa mangsa telah bercerai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya