Enam anggota polis ditahan peras ugut orang awam - Utusan Malaysia

Enam anggota polis ditahan peras ugut orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak enam anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang ditahan berhubung kes pemerasan terhadap orang awam.

Difahamkan, kesemua anggota berpangkat koperal dan lans koperal itu ditahan dalam satu operasi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, semalam.

Sumber berkata, mereka ditahan susulan JIPS menerima aduan awam mengenai kegiatan pemerasan orang awam di sekitar kompleks beli-belah The Mines dan Balakong.

”Ketika ditahan, anggota terbabit didapati menjalankan penugasan di luar sektor mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan pemerasan.

Katanya, pada masa ini siasatan lanjut sedang dijalankan sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan termasuk proses pertuduhan

Beliau berkata, semua anggota tersebut kini ditempatkan bertugas di Bahagian Pentadbiran sementara siasatan lanjut ke atas mereka dijalankan.

“Jika mereka dituduh, tindakan tahan kerja diambil oleh Bahagian Integriti Pematuhan Standard (BIPS) IPD Serdang sehingga keputusan mahkamah dikeluarkan.

“Kita juga sedang menunggu laporan patalogi Hospital Kuala Lumpur (HKL) berhubung salah seorang dari enam anggota terbabit yang didapati positif dadah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya