Empat lagi sekolah di Kedah diarah tutup - Utusan Malaysia

Empat lagi sekolah di Kedah diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Empat lagi sekolah di negeri ini diarah tutup selama tujuh hari bermula hari ini dan esok akibat jangkitan Covid-19 dalam kalangan pelajar dan gurunya.

Jabatan Pendidikan Kedah dalam satu kenyataan berkata, sekolah yang ditutup sementara hari ini ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Gelam dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Asma di daerah Kota Setar.

Sementara itu, dua lagi sekolah terlibat  iaitu SK Dalam Wang dan SK Kuala Ketil di daerah Baling ditutup sementara bermula esok. 

Katanya, berikutan itu semua pelajar, guru dan kakitangan pentadbiran dikehendaki menjalani proses kuarantin rumah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan pihak berkuasa.

“Penutupan sekolah itu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi dilakukan di seluruh kawasan sekolah berkenaan.

“Guru dan anggota kumpulan pelaksana dibenarkan bekerja dari rumah serta proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dilaksana secara dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, empat sekolah ditutup akibat Covid-19 melibatkan SMK Bongor, SMK Baling di Baling serta SMK Bukit Payong dan SK Bukit Pak Kiau di Pokok Sena dekat sini.

Kementerian Pendidikan kelmarin memaklumkan, mana-mana sekolah yang dikesan mempunyai kes positif Covid-19 perlu ditutup selama tujuh hari, tanpa menunggu analisis risiko oleh Kementerian Kesihatan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN