Ebit Lew sebak lihat keadaan Daud Kilau - Utusan Malaysia

Ebit Lew sebak lihat keadaan Daud Kilau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pendakwah terkenal, Ebit Lew menziarahi Datuk M. Daud Kilau yang mengalami masalah kesihatan di kediaman penya­nyi veteran itu di Bagan Datuk semalam.
Perkara itu dikongsi oleh beliau dalam hantaran di laman Facebook beliau.

Dalam hantarannya, Ebit Lew turut berkongsi perasaan sebak dan sayu melihat keadaan pe­nyanyi berusia 82 tahun itu yang mengalami masalah kesihatan.

Menurutnya, walaupun uzur, M. Daud Kilau masih tersenyum ceria dan bersemangat melayan tetamu dan mereka sempat menikmati hidangan laksa.

“Sedap laksa. Beliau berdoa bersama-sama tadi. Lemah lembut orangnya. Tak bagi kami balik kalau tak makan. Semua kru kena makan, saya suap beliau. Katanya kali pertama ni kena suap dengan ustaz,” katanya.

Menurut Ebit Lew, dalam ziarahnya itu, beliau berkongsi sedikit hadiah untuk penyanyi veteran itu dan M. Daud Kilau merasakan pemberian itu terlalu banyak.

“Apalah sangat dengan ha­diah berbanding doa dari yang baik dan mulia. Doakan saya yer. Doakan supaya Datuk M. Daud Kilau sihat dan diberi kekuatan umur panjang memberi manfaat untuk ummah dan ibadah,” kata Ebit Liew.

Tambah Ebit Lew, beliau dan M. Daud Kilau sempat me­nyanyi bersama.

“Macam dengar dekat radio lagi. Sedap suara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya