Dua lelaki Orang Asli maut motosikal langgar kerbau - Utusan Malaysia

Dua lelaki Orang Asli maut motosikal langgar kerbau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Dua lelaki Orang Asli termasuk remaja berusia 15 tahun maut setelah motosikal yang ditunggang mereka melanggar seekor kerbau yang melintas di Jalan Kampung Bali-Tronoh, di sini hari ini.

Mangsa, Amir Bah Lasoh, 25, dan rakannya, Asfelix Azi yang menunggang motosikal Yamaha LC135 maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan tersebut pada pukul 2.55 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku melibatkan motosikal ditunggang mangsa yang melanggar seekor kerbau.

“Hasil maklumat orang awam di tempat kejadian, kedua-dua mangsa dipercayai dari arah Tanjung Tualang menghala ke Simpang Pulai.

“Semasa sampai di tempat kejadian, seekor kerbau melintas dan disebabkan jarak yang terlalu dekat, penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu melanggar haiwan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Adnan, pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala haiwan terbabit juga mati di lokasi tersebut.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya