Denda, penjara, sebat terlibat Hizbut Tahrir - Utusan Malaysia

Denda, penjara, sebat terlibat Hizbut Tahrir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Umat Islam di negeri ini yang didapati terlibat dalam fahaman sesat Hizbut Tahrir boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam kali atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Perkara itu termaktub dalam Seksyen 4 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 Negeri Johor berhubung pihak mengajar atau menjelaskan doktrin atau melaksanakan upacara atau perbuatan berhubungan dengan agama Islam di mana-mana tempat sama ada persendirian atau tempat awam adalah suatu kesalahan jika berlawanan dengan hukum Syarak atau mana-mana fatwa sedang berkuat kuasa.

Oleh itu Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Johor menegaskan, semua pihak perlu merujuk kepada fatwa yang dikeluarkan Jabatan Mufti Johor pada 15 Julai 2019 yang mengisytiharkan Hizbut Tahrir bercanggah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras pegangan dan amalan umat Islam di negeri ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya