Covid-19: Penduduk PPR Kerinchi kebimbangan - Utusan Malaysia

Covid-19: Penduduk PPR Kerinchi kebimbangan

KEDIAMAN mampu milik dengan pelbagai fasiliti mendapat permintaan tinggi di pasaran. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penduduk Flat Program Perumahan Rak­yat (PPR) Kerinchi di sini di­selubungi kebimbangan risiko jangkitan Covid-9 walaupun proses nyah cemar dilakukan di kawasan itu kelmarin.

Apa yang membimbangkan mereka adalah hanya tingkat 14 dan 17 Blok A di PPR tersebut disanitasi dan penduduk belum menerima sebarang notis berhubung penutupan kawasan tersebut.

Tinjauan Mingguan Malaysia di kawasan perumahan itu semalam mendapati, meskipun semua individu disaring diberikan arahan menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) sebagai langkah pencegahan, ia masih mengganggu fikiran penduduk tentang penularan Covid-19 di situ.

Seorang peniaga makanan yang hanya mahu dikenali sebagai Nooriah, 62, berkata, dia meneruskan operasi perniagaan seperti biasa kerana tidak menerima sebarang notis yang mengarahkan kawasan tersebut ditutup buat sementara waktu.

‘Saya sudah lama berniaga di sini dan berasa tidak wajar proses sanitasi hanya melibatkan tingkat 14 dan 17, mengapa tidak satu blok ba­ngunan.

“Keadaan sekarang merisaukan ramai penduduk sekitar dan kami para peniaga mungkin terdedah dengan sebarang risiko,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya