Bersatu sertai MN? - Utusan Malaysia

Bersatu sertai MN?

Annuar Musa beramah mesra dengan para petugas sebelum proses kerja-kerja sanitasi awam di sekitar pejabat kerajaan Presint 4, Putrajaya, pada 19 Oktober. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional (MN) yang berlangsung malam ini akan membincangkan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam gabungan itu secara rasmi.

Setiausaha Agung Bersama Sekretariat Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu boleh dibincangkan kerana ia pernah diminitkan dalam mesyuarat sebelum ini.

Beliau berkata, mesyuarat disertai Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu untuk memberi nasihat dan membincangkan perkara-perkara penting bagi memperkuat kesepakatan sedia ada.

“Mungkin kemasukan Bersatu itu boleh dibincangkan kerana ia ada dalam minit mesyuarat lepas.

“Biasanya mesyuarat ini kita buat dua minggu sekali namun ada Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) ia terbatal. Lazimnya mesyuarat ini dihadiri Timbalan Presiden UMNO dan Pas sahaja,” katanya pada sidang akhbar selepas menyertai operasi sanitasi di Presint 4, di sini hari ini.

Operasi tersebut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Perbadanan Putrajaya (PPj).

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, penyertaan Bersatu sebelum ini telah dimaklumkan secara hitam putih dan presiden-presiden bersetuju untuk menyertai MN.

“Perbincangan kemasukan Bersatu turut memerlukan draf memorandum persefahaman (MoU), piagam yang baharu dan ia tidak boleh menggunakan kaedah sepertimana UMNO dan Pas sebelum ini.

“Kerjasama yang UMNO dengan Pas dulu lama, sekarang ini kita kena draf MoU yang baharu, piagam dan sebagainya.

“Kalau Bersatu masuk tentu ia tidak boleh ambil sahaja piagam lama, MoU lama. Jadi macam mana cara kerjasama itu kita bincang, yang penting kerjasama demi mengutamakan penyatuan dan perpaduan politik Melayu,” katanya.

Ogos lalu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai MN iaitu kerjasama antara UMNO dan Pas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya