Beberapa kawasan di Perlis dinaiki air - Utusan Malaysia

Beberapa kawasan di Perlis dinaiki air

BEBERAPA kawasan rendah di Perlis mula dinaiki air berikutan hujan lebat sejak pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan rendah di sekitar negeri ini mula dinaiki air.

Beberapa kawasan yang dinaiki air itu adalah seperti di Wang Kelian, Gua Kelam, Kampung Sentua dan Ulu Pauh.

Bagaimanapun setakat ini, belum ada penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Pengarah Bomba negeri, Ruhisha Haris berkata, pihaknya membuat persediaan berhadapan dengan kemungkin banjir di negeri ini dengan kekuatan 150 anggota bomba tambahan dan 100 sukarelawan bomba yang sudah bersiap sedia.

Katanya, buat masa ini, pihaknya belum menerima laporan banjir teruk namun anggota dari Balai Bomba Kangar, Padang Besar, Kuala Perlis dan Simpang Empat mula keluar dan membuat rondaan di kawasan masing-masing.

“Pemantauan dari Stesen Hujan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan hujan lebat sejak awal pagi ditambah pula dengan paras sungai yang masih tinggi dan dapat dilihat daripada air yang mengalir keluar dari Gua Kelam.

“Oleh itu, persediaan untuk banjir dibuat kerana hujan ini mungkin berlarutan,” katanya di sini hari ini.

Selain kekuatan anggota, Ruhisha memberitahu, pihaknya turut bersedia dengan enam unit bot, empat lori, empat kenderaan utiliti, tiga unit jentera Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan 130 unit peranti pengapungan peribadi (PFD) .

Sementara itu, kuantiti hujan yang direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping dari 7 hingga 13 Oktober adalah sebanyak 141.8 milimeter (mm). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya