Bayi lelaki ditemukan dalam kotak - Utusan Malaysia

Bayi lelaki ditemukan dalam kotak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Seorang bayi lelaki masih bertali pusat ditemukan dalam sebuah kotak di hadapan sebuah kedai makan berhampiran bank di Jalan Raja Bendahara, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, bayi cukup sifat itu dijumpai seorang peniaga pada pukul 9 pagi ketika mahu memulakan operasi perniagaan.

Katanya, peniaga itu yang terdengar bunyi tangisan daripada sebuah kotak segera melakukan pemeriksaan sebelum terkejut mendapati terdapat bayi di dalamnya.

“Bayi itu diletak di dalam kotak dengan dialas tuala dan dipercayai baru dilahirkan berdasarkan tali pusat dan uri.

“Keadaan bayi itu dilaporkan tidak stabil dan dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati tiada saksi yang melihat bagaimana kotak tersebut diletakkan di lokasi kejadian.

“Siasatan lanjut bagi mengesan suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyi kelahiran dengan niat untuk membuang bayi.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya