Bayi koma akibat kemalangan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bayi koma akibat kemalangan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan yang koma selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di hadapan Balai Polis Kupang di Jalan Sungai Petani-Baling pada Ahad lalu meninggal dunia, semalam.

Bayi terbabit, Siti Qaila Umairah Saiful meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dekat sini kira-kira pukul 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Syed Basri Syed Ali berkata, mangsa terlibat kemalangan bersama tiga ahli keluarganya yang menaiki kereta jenis Proton Wira.

Kata beliau, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah malam apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dari arah Baling menghala Sungai Petani hilang kawalan lalu bertembung dengan Proton Wira dinaiki mangsa.

“Akibat kejadian itu, semua mangsa termasuk bayi mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Baling untuk mendapatkan rawatan,” katanya di sinI.

Kata beliau, bayi terbabit yang parah kemudian dipindahkan ke HSB untuk rawatan lanjut sebelum meninggal dunia pada kelmarin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya