Bakkis bantu mangsa kebakaran Bukit Palas - Utusan Malaysia

Bakkis bantu mangsa kebakaran Bukit Palas

MUHD. Johari Mahmud (kanan) menyampaikan sumbangan Badan Kebajikan dan Kemanusiaan Beserah dan Sungai Karang (Bakkis) kepada mangsa kebakaran di Kampung Bukit Palas, Cherating, Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Badan Kebajikan dan Kemanusiaan Beserah dan Sungai Karang (Bakkis) menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan kepada mangsa kebakaran di Kampung Bukit Palas, Cherating, di sini.

Yang Dipertuanya, Muhd. Johari Mahmud berkata, sumbangan berkenaan berupa barangan elektrik seperti peti sejuk, mesin basuh, set dapur, periuk dan mesin kisar.

Katanya, sumbangan itu disampaikan kerana semua barangan keperluan terbabit musnah dalam kebakaran yang berlaku Khamis lalu.

“Kami bersimpati dan prihatin dengan nasib mereka yang ditimpa musibah dan berharap keluarga terbabit terus bersabar.

“Dengan sumbangan ini diharap dapat meringankan beban keluarga tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Yang hadir sama Penaung Bakkis, Datuk Indera Mustaffar Kamal Ab. Hamid dan wakil NYN Enterprise Sdn. Bhd., Wan Norizah Wan Chik.

Khamis lalu, sepasang suami isteri bersama enam anak mereka tinggal sehelai sepinggang setelah rumah diduduki lebih 23 tahun di Kampung Bukit Palas musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 3.15 petang.

Bagaimanapun, mangsa Ruslan Abdullah, 52, dan isterinya, Aidassuriani Zahid, 40, bernasib baik apabila semua ahli keluarga mereka terselamat.

Menurut Aidassuriani, ketika mendapat berita tentang kejadian tersebut, dia dan suami tidak ada di rumah kerana masing-masing bekerja. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya