Ahmad Faizal lantik ADUN UMNO sebagai Setiausaha Politik - Utusan Malaysia

Ahmad Faizal lantik ADUN UMNO sebagai Setiausaha Politik

AZNEL IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim sebagai Setiausaha Politik beliau yang baharu.

Katanya, pelantikan Aznel yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik berkuat kuasa serta merta bagi menggantikan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.

Beliau berkata, Iskandar Dzulkarnain diberikan amanah baharu bagi menguruskan hal ehwal berkaitan tanggungjawab beliau selaku Timbalan Presiden Bersatu dan lain-lain urusan di peringkat Persekutuan.

“Pelantikan Aznel sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar juga adalah manifestasi komitmen saya kepada kerjasama dengan UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Ini bagi memastikan tadbir urus dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan utuh.

“Saya yakin pelantikan Aznel mengukuhkan lagi hubungan baik dan kerjasama yang sedia terjalin antara kepemimpinan Bersatu, UMNO dan rakan-rakan dalam PN,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya