600 saman sepanjang 10 hari sekatan di Kemaman - Utusan Malaysia

600 saman sepanjang 10 hari sekatan di Kemaman

MOHD. Haki Hasbullah memeriksa kenderaan ketika operasi sekatan jalan raya di Jalan Air Putih-Chukai di Kemaman, Terengganu malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Polis mengeluarkan kira-kira 600 saman atas pelbagai kesalahan jalan sepanjang 10 hari sekatan jalan raya di daerah ini semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Haki Hasbullah berkata, lebih 3,000 kenderaan diperiksa dalam sekatan jalan raya sejak 10 Oktober lalu membabitkan dua lokasi utama iaitu Jalan Air Putih-Chukai dan Jalan Geliga-Chukai.

“Saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, nombor kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi di samping tiada cukai jalan dan insuran.

“Kita turut memberi peringatan kepada orang ramai di daerah ini agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ditetapkan,” katanya kepada pemberita dalam operasi sekatan jalan raya di Jalan Air Putih-Chukai di sini malam tadi.

Sementara itu, Mohd. Haki berkata, sebanyak 312 saman bernilai RM312,000 dikeluarkan di daerah ini kerana gagal mematuhi SOP PKPP.

“Kesalahan paling banyak adalah tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan sosial. Kita sentiasa mengambil tindakan tegas dan tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang didapati ingkar SOP ditetapkan,” katanya.

Tambah belia, pihaknya melalui ‘Op Team Pematuhan Romeo’ dengan dibantu anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sentiasa membuat pemantauan di lokasi tumpuan awam seperti pasaraya, pasar awam dan kedai makan bagi memastikan orang ramai sentiasa mematuhi SOP dalam mengekang penularan Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya