54 individu tidak patuh SOP dikompaun - Utusan Malaysia

54 individu tidak patuh SOP dikompaun

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

khuzai
BUTTERWORTH: Seramai 54 individu dikompaun selepas didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam operasi di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU), di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam operasi di sekitar daerah ini dan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di Bagan Ajam kira-kira pukul 8 malam itu, kesemua mereka masing-masing dikompaun sebanyak RM1,000.

“Seramai 41 lelaki dan 13 wanita dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.

“Selain itu, sebanyak 52 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan dalam pemeriksaan trafik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya