5 tahanan DTI Pekan Nanas  melarikan diri - Utusan Malaysia

5 tahanan DTI Pekan Nanas  melarikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Lima tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen (DTI) Pekan Nanas, Pontian pada 17 Oktober lalu.

Difahamkan, semua tahanan itu membabitkan kes imigresen dan sedang dalam proses pengusiran pulang ke negara asal.

Mereka dikesan meloloskan daripada tahanan setelah pihak imigresen melakukan pemeriksaan di depot berkenaan.

Namun usaha untuk mendapatkan pengesahan dan maklumat daripada pihak Jabatan Imigresen Johor gagal.

Selain itu, Pengarah Imigresen, Baharuddin Tahir juga  tidak menjawab panggilan dan membalas mesej.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu pada 17 Oktober lalu di Balai Polis Simpang Renggam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya