2,566 sekolah ditutup di empat negeri - Utusan Malaysia

2,566 sekolah ditutup di empat negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kira-kira 2,566 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) bakal terlibat dengan penutupan sekolah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Berdasarkan perkiraan senarai sekolah yang dilampirkan dalam laman web KPM, sebanyak 939 sekolah di seluruh Selangor terlibat termasuk sekolah rendah dan menengah manakala 331 di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sebanyak 1,296 sekolah pula terlibat di seluruh daerah di Sabah.

Kerajaan melaksanakan PKPB di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.

PKPB turut dilaksanakan di seluruh Sabah berkuat kuasa tengah malam ini hingga 26 Oktober ini.

Keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes serta penularan yang berlaku seperti di Klang, Petaling dan Gombak termasuk peningkatan mendadak kes positif di Sabah. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya