25 kes baharu Covid-19 balik dari Sabah - Utusan Malaysia

25 kes baharu Covid-19 balik dari Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 25 individu daripada 47 kes baharu yang didapati positif Covid-19 adalah mereka yang pulang dari Sabah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, sehubungan itu Jabatan Kesihatan negeri kekal melaksanakan langkah kawalan sewajarnya bagi menangani peningkatan kes semasa.

“Ia membabitkan penyaringan di pintu-pintu masuk yang masih dijalankan secara giat dengan pemasangan gelang bagi mereka datang dari Sabah di samping ujian penyaringan Covid-19.

“Sehingga semalam, seramai 1,254 individu yang tiba dari Sabah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) telah dijalankan ujian tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Vidyananthan memaklumkan, enam kes baharu yang dilaporkan semalam dengan lima kes melibatkan individu mempunyai sejarah perjalanan dari Sabah manakala satu kes adalah berkaitan Kluster Selasih di Putrajaya.

Bagi kluster Bakawali pula, beliau berkata, kumulatif kes positif adalah kekal 15 sehingga semalam manakala 357 kontak rapat yang dikenal pasti dan mereka adalah didapati negatif Covid-19.

“Kluster ini masih lagi di dalam pemantauan dan dijangka tamat pada 28 Oktober ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, hanya satu kes positif Covid-19 yang dikesan menerusi ujian pengesanan terhadap individu rentas sempadan menerusi Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA).

“Keadaan semasa di Johor masih lagi terkawal namun dijangkakan peningkatan kes dalam masa terdekat ini terus berlaku dengan kemasukan kes import dan aktiviti survelans yang dipertingkat.

“Jabatan Kesihatan ingin menyeru rakyat Johor agar sentiasa mematuhi dan mengamalkan norma-norma baharu iaitu penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan penjagaan kebersihan diri,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya