1,400 peluang pekerjaan ‘post rider’ sambilan - Utusan Malaysia

1,400 peluang pekerjaan ‘post rider’ sambilan

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Pos Malaysia Berhad menyediakan peluang pekerjaan kepada 1,400 penghantar sambilan sebagai post rider dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Langkah itu sekali gus memberi ‘talian hayat’ kedua kepada rakyat yang hilang pekerjaan akibat penularan pandemik Covid-19 di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ketika sektor lain mengalami kemelesetan akibat pandemik itu, sektor pos dan kurier masih berkembang serta menjana peluang pekerjaan sambilan.

“Peranan pos dan kurier dalam menjana sektor e-dagang juga amat penting. Bagi membantu usahawan kecil dan sederhana yang semakin ramai berniaga secara dalam talian, syarikat-syarikat pos serta kurier utama memperkenalkan pakej kiriman PRIHATIN dengan caj RM5 sahaja untuk bungkusan satu kilogram ke bawah sejak April hingga bulan ini.

“Namun, perubahan teknologi dan gaya hidup membawa cabaran baharu kepada industri pos dan kurier apabila jumlah penghantaran surat semakin menurun manakala kemunculan ekonomi gig menyaksikan kerja-kerja posmen tidak lagi dilaksanakan secara konvensional,” katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Pos Sedunia, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, sektor pos dan kurier memerlukan anjakan paradigma yang kini mempunyai 111 pemegang lesen bagi memastikan industri berkenaan terus berdaya maju.

Berdasarkan keperluan itu, kata beliau, kementerian bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pihak industri dan agensi-agensi yang berkaitan mengadakan makmal perancangan hala tuju industri pos dan kurier pada 12 Oktober ini selama dua minggu.

Katanya, makmal itu bagi membincangkan perancangan strategik ke arah pengukuhan keupayaan industri serta menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pengguna. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya