Wanita Indonesia ditahan positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Wanita Indonesia ditahan positif Covid-19

ANTARA PATI yang ditahan dalam operasi pasukan polis Batalion 4 PGA Semenyih di Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Seorang wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan semalam kerana menyusup masuk ke negara ini menerusi jalan laut disahkan positif Covid-19.

Wanita warganegara Indonesia berusia 45 tahun itu disahkan positif Covid-19 setelah menjalani ujian saringan dan kini dimasukkan ke Hospital Sabak Bernam.

Bagaimanapun, 26 lagi PATI yang ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 Semenyih kira-kira pukul 3 pagi semalam negatif Covid-19.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Zulafendy Hassan berkata, penahanan itu dilakukan menerusi Op Benteng Covid-19 di sekitar kawasan Sungai Nipah, Simpang Lima di sini.

Menurut beliau, kesemua PATI terbabit sanggup membawa anak kecil dan meredah lautan dengan berada dalam bot tongkang selama 72 jam semata-mata untuk menyusup masuk ke negara ini secara haram.

“Tindakan mereka ini dapat dihidu pihak berkuasa dan kita menahan 27 PATI berusia dua tahun hingga 45 tahun warganegara Indonesia dan Bangladesh di sekitar kolam udang kawasan tersebut.

“Siasatan awal mendapati kesemua mereka melalui jalan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menaiki bot tongkang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Zulafendy, siasatan pmendapati, kesemua PATI terbabit dijanjikan pekerjaan di negara ini dan perlu membayar RM700 hingga RM1,500.

“Kita turut merampas 22 unit telefon bimbit pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM3,200. Tangkapan dibawa ke Balai Polis Sungai Besar untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Orang ramai diminta memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya