Wanita antara 18 ditahan bersabit kes dadah - Utusan Malaysia

Wanita antara 18 ditahan bersabit kes dadah

SEPASUKAN anggota polis Daerah SPU bersama-sama AADK dalam operasi Op Tapis Khas di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Seorang wanita antara 18 individu yang ditahan polis selepas didapati terlibat dalam kegiatan berkaitan dadah dalam operasi di kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Penaga, di sini hari ini.

Mereka yang berusia antara 20 tahun hingga 50 tahun itu ditahan hasil pemeriksaan menerusi Op Tapis Khas oleh sepasukan polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) bermula pukul 6.30 pagi tadi.

Ketua Polis SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam operasi itu, pihaknya merampas dadah bernilai RM2,061 terdiri daripada syabu sebanyak 1.8 gram (g), heroin (33.3g), pil Eramin 5 (dua biji) dan ketum (19.25 liter).

“Mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah beliau, operasi berkenaan disertai 25 pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah SPU serta anggota bantuan serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN