Wan Mokhtar meninggal dunia - Utusan Malaysia

Wan Mokhtar meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, 88, meninggal dunia pagi ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur, kira-kira pukul 6.20 pagi.

Anaknya, bekas Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, jenazah Allahyarham dikebumikan di Kuala Lumpur.

“Mohon doakan keampunan Allah pada arwah, dipermudahkan perjalanan di alam barzakh dan mendapat ganjaran syurga di akhirat nanti.

“Mohon maafkan segala dosa-dosa arwah, halalkan makan minum dan tuntutlah pada keluarga sekiranya ada hutang dengan tuan-tuan dan puan-puan,” katanya dalam hantaran di laman Facebook sebentar tadi.

Allahyarham yang meninggalkan lima anak merupakan Menteri Besar Terengganu paling lama berkhidmat dari 1974 hingga 1999. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya