Van bawa anak yatim kemalangan - Utusan Malaysia

Van bawa anak yatim kemalangan

NURAINA HANIS ABD. HALIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebuah van membawa 16 kanak-kanak Pusat Kebajikan Anak-anak Yatim dan Asnaf Baitul Nurrawdah rosak teruk selepas melanggar lori dalam kemalangan di Kilometer 445.9 Lebuh Raya Utara -Selatan (PLUS), Rawang dekat sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, seramai lima orang cedera ringan termasuk tiga kanak-kanak pusat kebajikan berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.18 petang dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kita mendapati van tersebut melanggar lori di lorong kiri di lokasi kejadian.

“Dua penjaga dan tiga kanak-kanak mengalami luka-luka ringan. Kesemua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah jurucakap itu, BBP Rawang sedang menguruskan penghantaran pulang mangsa lain ke pusat kebajikan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya