Usahawan desa perlu keluar takuk lama - Utusan Malaysia

Usahawan desa perlu keluar takuk lama

ABDUL Latiff (tengah) melawat sebuah gerai dalam program Karnival Mini DesaMall@KPLB di Pusat Komuniti Desa Air Merah, Mersing, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Usahawan desa perlu keluar daripada takuk lama dengan tidak hanya bergantung kepada kaedah jualan secara tradisional atau bersemuka.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, mereka perlu menerokai pasaran jualan konvensional dan secara dalam talian bagi memasarkan produk yang mempunyai potensi lebih luas.

“Jika setakat di takuk lama, sampai bila kita tidak dapat menembusi pasaran lebih jauh sama ada di seluruh negara atau antarabangsa.

“Jangan malu-malu, silalah ke hadapan untuk menyertai pelbagai inisiatif yang digerakkan kerajaan dan swasta khususnya jualan niaga secara dalam talian,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Mini DesaMall@KPLB di Pusat Komuniti Desa Air Merah di sini hari ini.

Abdul Latiif yang juga Ahli Parlimen Mersing berkata, terlalu banyak manfaat yang dapat diperoleh jika produk desa mendapat tempat di luar negara.

Beliau memberikan contoh hasil ikan kering yang boleh dipasarkan ke China kerana rakyat negara itu menjadikannya sebagai bahan ramuan makanan.

“Misalnya di Mersing adalah tempat penghasilan ikan kering. Jika ia dapat menembusi pasaran luar, saya percaya ia boleh membawa pulang besar kepada usahawan desa,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 1,660 usahawan luar bandar memanfaatkan Program DesaMall@KPLB iaitu satu platform untuk memasarkan produk secara dalam talian.

“Sejak dilancarkan pada akhir 2017, inisiatif ini mencatatkan jumlah jualan usahawan luar bandar sebanyak RM1.45 juta dengan 1,572 produk dipasarkan melibatkan 21,498 jualan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya