Ugut bunuh kakak tiri gara-gara tak diberi pinjam motosikal - Utusan Malaysia

Ugut bunuh kakak tiri gara-gara tak diberi pinjam motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak dibenarkan meminjam motosikal, seorang lelaki sanggup mengamuk dan mengugut mahu membunuh kakak tirinya dalam kejadian di Taman Tasik Sri Gombak dekat sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, suspek berusia 39 tahun dikatakan ke rumah mangsa untuk meminjam motosikal namun tidak dibenarkan menyebabkan lelaki itu tidak berpuas hati.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, suspek bagaimanapun datang semula ke rumah mangsa kira-kira pukul 4 petang keesokkannya sebelum bertindak merosakkan barangan dalam rumah berkenaan.

“Mangsa yang sedang tidur terkejut selepas dia mendapati suspek memecahkan meja, kerusi dan sinki.

“Mangsa yang ketakutan membuat satu laporan polis terhadap suspek di Balai Polis Gombak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Arifai, susulan aduan dibuat mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak menangkap suspek di sebuah rumah di Taman Sri Gombak, kira-kira pukul 12.15 tengah malam kelmarin.

“Semakan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau membabitkan kes jenayah dan dadah.

“Empat hari sebelum mengugut untuk membunuh mangsa, suspek juga melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan cermin pada pintu gelongsor di rumah mangsa atas sebab sama,” jelasnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN