Turunkan bendera di premis - Utusan Malaysia

Turunkan bendera di premis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Semua premis awam dan persendirian di bandar ini diingatkan menurunkan bendera Jalur Gemilang dan Johor bagi memastikan tiada kibaran bendera yang lusuh, koyak atau rosak.

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menerusi kenyataan berkata, mereka perlu menurunkan bendera masing-masing bermula 17 September lalu.

Kata kenyataan itu, ia selaras dengan arahan kerajaan negeri menerusi Pekeliling Am Kerajaan Johor Bil 2 Tahun 2018 Protokol Bendera Johor dan Bendera Daerah-Daerah Johor.

“Semua bendera yang dinaikkan dan dikibarkan untuk menyambut Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia hendaklah dinaikkan dua minggu sebelum Hari Kebangsaan dan diturunkan pada 17 September setiap tahun.

“Sehubungan itu, pemilik-pemilik premis perlu memastikan bahawa bendera Johor dan Jalur Gemilang dapat diturunkan dan disimpan dengan sebaiknya serta memastikan tiada bendera yang lusuh, koyak mahupun rosak dibiarkan di premis masing-masing,” kata kenyataan itu semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya