SUNGAI PETANI: Seramai 170 penduduk di Ladang UP Bahagian Bukit Selambau, di sini mengharapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunaikan janji memasang Unifi bagi kemudahan penduduk di kawasan tersebut. Kebanyakan penduduk di ladang itu tidak sabar menggunakan kemudahan berkenaan memandangkan mereka selama ini menghadapi masalah capaian internet dan liputan telekomunikasi yang lemah. Seorang penduduk, V. Barathidasa, 26, berkata, pelbagai pihak termasuk SKMM memasuki kawasan berkenaan selepas Utusan Malaysia menyiarkan laporan mengenai masalah capaian internet yang lemah. Katanya, pihak berkenaan juga sudah meninjau dan memeriksa tahap capaian internet di situ.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya