Tiada rundingan dengan pekebun Musang King - Utusan Malaysia

Tiada rundingan dengan pekebun Musang King

PEKEBUN durian mengadakan demonstrasi aman di Sungai Ruan pada 25 Ogos bagi membantah tindakan pengambilalihan pengurusan ladang durian mereka di Raub, Pahang baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Pejabat Tanah dan Daerah menafikan mengadakan rundingan dengan pekebun durian berhubung isu penerokaan tanah haram di daerah tersebut seperti dilaporkan sebuah akhbar hari ini.

Menurut kenyataan Pentadbir Tanah Raub, dakwaan dibuat oleh peneroka tanah di situ dan dilaporkan oleh akhbar terbabit adalah tidak benar.

“Kita kesal dengan dakwaan pekebun yang disiarkan dalam akhbar tentang rundingan yang kononnya dilakukan Pejabat Tanah dan Daerah Raub dengan pekebun durian di tanah kerajaan.

“Tiada sebarang rundingan dibuat dengan wakil pekebun durian Musang King yang menceroboh tanah kerajaan negeri pada 2 September 2020,” katanya semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, semua pihak perlu bersikap bertanggungjawab dan tidak mengeluarkan dakwaan palsu atau memanipulasi mana-mana pihak dalam isu berkenaan.

Akhbar tersebut semalam melaporkan pengusaha kebun Musang King mahu mengadakan rundingan dengan kerajaan Pahang bagi mempertahankan kebun mereka yang diusahakan lebih 40 tahun.

Pengerusi Save Musang King Alliance (Samka), Chang Yee Chin, dipetik berkata, bagi mendapat keputusan ‘menang-menang’ rundingan kali pertama dengan Pejabat Tanah dan Daerah Raub telah diadaka dengan pertemuan berjalan lancar dalam suasana baik.

Kelmarin Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan kerajaan negeri tidak akan berkompromi dan akan terus bertegas dalam isu pekebun haram Musang King.

Bagaimanapun, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri menangguhkan mengambil tindakan tegas ekoran keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan notis pengosongan tanah dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah Raub sehingga 28 Oktober ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN