Tiada kes salah guna MPV polis - Utusan Malaysia

Tiada kes salah guna MPV polis

ZAINAL Abidin Kasim menyempurnakan pelepasan MPV Honda Civic di Sekolah Latihan Asas Kepolisan Kuala Muda di Sungai Petani, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Polis tidak menerima laporan mengenai penyalahgunaan kereta peronda polis (MPV) dalam kalangan pegawai atau anggotanya sebelum ini.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, penyalahgunaan aset kerajaan termasuk kenderaan polis untuk kegunaan peribadi boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Kata beliau, tindakan tegas diambil jika terdapat anggota dan pegawai yang menyalahgunakan kenderaan tersebut.

“MPV hanya boleh digunakan bagi tujuan rondaan, bukan untuk kegunaan urusan peribadi. Jika ada berlaku, mohon laporkan kepada kita,” katanya pada Majlis Penyerahan MPV Honda Civic di Sekolah Latihan Asas Kepolisan Kuala Muda di sini hari ini.

Sebanyak 27 kenderaan MPV diserahkan kepada Kontinjen Kedah manakala tujuh buah lagi diserahkan kepada Kontinjen Perlis.

Kenderaan baharu tersebut adalah bagi menggantikan kereta peronda yang usang dan tidak lagi selamat digunakan selain dapat mengurangkan perbelanjaan menyelenggara kenderaan usang sedia ada yang tinggi.

Zainal Abidin berkata, kenderaan yang dilengkapi peralatan sokongan seperti peralatan komunikasi RMPNeT, kamera papan pemuka dan perakam video digital mudah alih itu disewa secara konsesi dengan syarikat Spanco Sdn. Bhd. selama lima tahun melalui peruntukan mengurus 2020.

“Kenderaan peronda baharu yang dilengkapi dengan teknologi terkini ini dapat meningkatkan lagi kecekapan polis dalam melaksanakan tugasan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya