The Valley Residences @ Setiawangsa, kehijauan dalam bandar - Utusan Malaysia

The Valley Residences @ Setiawangsa, kehijauan dalam bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, SkyWorld Development Group (SkyWorld) menawarkan kediaman baharu, The Valley Residences kepada mereka yang inginkan suasana kehijauan dalam pusat bandar Kuala Lumpur.

Dijual bermula dari RM428,000, The Valley Residences sangat sesuai untuk individu bujang atau yang sudah berkahwin dan ingin tinggal berdekatan pusat bandar atau rumah ibu bapa mereka. Ia juga sesuai untuk warga emas yang inginkan kediaman bersaiz kecil dengan ciri-ciri  keselamatan yang tinggi.   

The Valley Residences mempunyai empat jenis kediaman berkeluasan antara 800 hingga 1,318 kaki persegi, dilengkapi dengan tiga hingga empat bilik tidur dan dua hingga tiga bilik air. Kediaman berkonsepkan ‘dual key’/ dwi-kunci yang menawarkan lebih privasi dan fleksibiliti tambahan untuk tiga generasi isi rumah dan boleh juga disewakan untuk menjana pendapatan.

Terletak di antara Banjaran Titiwangsa dan Taman Tasik Titiwangsa, The Valley Residences  dikelilingi keindahan alam semula jadi dengan pemiliknya dapat menikmati pemandangan Bukit Dinding yang indah.

Lokasinya strategik iaitu bersebelahan pusat beli-belah Aeon Mall AU2 yang mempunyai pawagam selain pusat beli-belah lain, pusat perubatan (Gleneagles Medical Centre, HSC Medical Centre dan lain-lain),  sekolah antarabangsa (Sekolah Antarabangsa Fairview, Sekolah Antarabangsa KL dan lain-lain)  dan kawasan rekreasi (Taman Tasik Titiwangsa, Bukit Dinding). 

Kedudukan The Valley Residence mudak diakses melalui lebuh-lebuh raya utama seperti Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH),  Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) serta lebuh raya baharu, Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) yang dijangka siap setahun lagi. 

The Valley Residences turut menyediakan kemudahan BBQ dengan pemandangan KLCC.

The Valley Residences juga berdekatan dengan stesen Transit Aliran Ringan (LRT), iaitu hanya 1.5 kilometer ke stesen Setiawangsa dan Jelatek dan hanya lima kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur. Lokasi yang berdekatan dengan ibu kota memudahkan warga kosmopolitan membuat perjalanan yang singkat dari kediaman ke tempat kerja.

Projek kediaman ini merupakan fasa pertama daripada pelan induk SkySiera seluas 13.6 ekar  projek pembangunan bercampur pertama di Setiawangsa.  

Terdiri daripada tiga menara ikonik dengan jumlah keseluruhan 1,309 unit, The Valley Residences merupakan rumah bertingkat mewah, mempunyai lebih 60 fasiliti di lima tingkat dengan tema dan suasana tersendiri.  

Antara fasiliti yang ditawarkan ialah pusat kecergasan Power MMA gimnasium, kolam renang bertaraf Olimpik, ‘rock climbing’ dan permainan kanak-kanak seperti Sierra Playpark, The Kiddie’s Corner dengan stadium mini dan golf mini di dalamnya.

Kemudahan jakuzi yang terdapat di The Valley Residences.

Kemudahan lain termasuk The Toddler’s Corner dan ruangan untuk keluarga bersantai seperti Huddle Corner, Siesta Deck, Sky Lounge dan ruang kerja, Dream Chamber. 

Kediaman ini dilengkapi sistem keselamatan empat peringkat dengan paparan skrin kad akses pengunjung dari pintu masuk utama ke podium tempat letak kenderaan, lobi lif, dan setiap tingkat ke lif serta diperketatkan dengan rondaan keselamatan 24 jam, pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) dan dua sistem interkom.

Pemilik juga akan menikmati reka bentuk kediaman dengan bingkai tingkap yang luas dan besar, pencahayaan yang maksimum, pengalihudaraan semula jadi, dan mengurangkan kebisingan. 

Kawasan ini juga memenuhi standard pematuhan Sistem Penilaian Kualiti untuk Kerja Pembinaan Bangunan (QLASSIC) dan mempunyai perakuan Indeks Bangunan Hijau (GBI).

Reka bentuknya turut mendapat penghargaan Anugerah Hartanah Asia Pasifik (APPA) 2019/20 dalam kategori Residential High-Rise Architecture Malaysia.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai The Valley Residences, orang ramai boleh melayari laman web https://skyworld.my/skysierra/ atau melawat Galeri SkyWorld di Setiawangsa (Waze:  Sky World Gallery @ Setiawangsa) atau menghubungi talian (03) 9212-0457.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya