Terengganu mahu individu pulang dari Sabah jalani kuarantin kendiri - Utusan Malaysia

Terengganu mahu individu pulang dari Sabah jalani kuarantin kendiri

ALIAS Razak (kiri) melawat gerai pameran dalam Program Sukarelawan Kospen Terengganu dan Sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat Kebangsaan di Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini. - FOTO/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kerajaan negeri meminta mana-mana individu yang pulang dari Sabah supaya menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari sebagai langkah berjaga-jaga.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, langkah tersebut merupakan pendekatan terbaik yang boleh dilakukan seseorang walaupun tiada kontak dengan mana-mana individu disahkan positif Covid-19.

“Oleh kerana wabak Covid-19 begitu berleluasa di Sabah, jadi kita minta sesiapa sahaja yang pulang berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) atau pelbagai tujuan lain di sana untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Walaupun tiada kontak, adalah lebih baik kuarantin di rumah kerana walaupun ujian pertama anda negatif tetapi saringan kali kedua mungkin menunjukkan keputusan berbeza,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Sukarelawan Komuniti Sihat Pembina Negara (Kospen) Terengganu dan Sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat Kebangsaan di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, di sini hari ini. 

Yang hadir sama Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus.

Alias berkata, Terengganu masih kekal negeri zon hijau Covid-19 justeru orang ramai diingatkan untuk sentiasa bertanggungjawab dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN