Temco di Aman Jaya hingga 10 September - Utusan Malaysia

Temco di Aman Jaya hingga 10 September

TEMCO
gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco) di Aman Jaya, Kedah akan berakhir pada 10 September ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mengumumkan perkara itu di sini hari ini.

Sebelum ini kerajaan tidak mengumumkan tempoh pelaksanaan Temco di kawasan itu sebelum ini sejak ia mula dikuatkuasakan pada 28 Ogos lalu.

Sehingga kini katanya, Kementerian Kesihatan sudah membuat saringan ke atas lebih 50 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di kawasan berkenaan iaitu membebabitkan 12,533 individu iaitu .

“Jumlah keseluruhan penduduk ialah 22,360, kita jangkakan Kementerian Kesihatan selesai membuat saringan ke atas semua individu berkenaan dalam beberapa hari lagi.

“Saya harap, penduduk di kawasan tersebut mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) iaitu perintah dan peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ismail Sabri mengumumkan Temco dilaksanakan di tiga zon di Aman Jaya, iaitu Kenanga, Mawar dan Melur pada 27 Ogos lalu ekoran penularan Covid-19 dari Kluster Tawar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya