Tauke bengkel cat kereta mati dibunuh - Utusan Malaysia

Tauke bengkel cat kereta mati dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang pemilik bengkel cat kereta ditemui mati dipercayai dibunuh di Jalan Anggerik, Zon Anggerik, Amanjaya di sini malam kelmarin.

Mangsa berumur 33 tahun ditemui oleh dua pekerja bengkel besi bersebelahan premisnya dalam keadaan cedera di kepala, dada dan tangan.  

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian berlaku pukul 12.40 tengah malam ketika mangsa masih bekerja dengan seorang pekerjanya.

“Mangsa diserang di dalam premisnya sebelum cuba melarikan diri tetapi rebah dan meninggal dunia di belakang kedai bengkel besi.

“Kejadian disedari dua pekerja bengkel besi yang sedang tidur di premis itu sebelum menghubungi majikan mereka dan polis,” katanya.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa diserang lebih daripada dua orang berdasarkan kesan kecederaan dialaminya.

“Semakan mendapati mangsa ada tiga rekod jenayah dan serangan dipercayai bermotifkan balas dendam,” katanya. 

Adzli berkata, walaupun tidak menemui senjata di lokasi kejadian tetapi mangsa dipercayai ditetak oleh penyerangnya.

Tambahnya, pihaknya mengesan pekerja mangsa yang melarikan diri bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya