Tahan sakit 10 minit jari tersepit pintu kaca - Utusan Malaysia

Tahan sakit 10 minit jari tersepit pintu kaca

SEORANG wanita terpaksa menahan sakit hampir 10 minit apabila dua jari kirinya tersepit di celah pintu kaca sebuah premis serbaneka dan farmasi di Bukit Jambul, Sungai Nibong, Pulau Pinang petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang pekerja di sebuah kedai serbaneka dan farmasi di Bukit Jambul, Sungai Nibong di sini terpaksa menahan kesakitan hampir 10 minit selepas dua jari kirinya tersepit pada pintu kaca premis itu petang tadi.

Terdahulu, mangsa wanita berusia 23 tahun itu dikatakan sedang melakukan kerja berhampiran pintu utama di hadapan premis berkenaan kira-kira pukul 1 petang.

Sebelum kejadian, dia dipercayai meletakkan dua jarinya iaitu telunjuk dan tengah di celah pintu terbabit yang ketika itu berada dalam keadaan terbuka dan tersepit sebaik sahaja pintu ditutup.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’ Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.10 petang dan tiba ke situ kurang 10 minit kemudian.

“Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, kita mendapati mangsa dalam keadaan menahan kesakitan akibat dua jari kirinya yang tersepit dan anggota terpaksa membuka skru pada bahagian bawah pintu kaca.

“Jari mangsa berjaya dikeluarkan 10 minit kemudian dan dia hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

Beliau memberitahu, pihaknya telah memberi rawatan kepada mangsa tersebut 

sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang menggunakan kenderaan bomba.

Tambahnya, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 2.18 petang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya