DUNGUN: Bekas ahli kumpulan Al-Maunah yang dibebaskan awal tidak menyangka impiannya untuk melangkah keluar dari tirai besi menjdi kenyataan 17 Ogos lalu. Lelaki itu yang kini berusia 60 tahun bersyukur kerana masih ada peluang kedua untuknya kembali ke pangkuan keluarga. Sebaik sahaja melangkah keluar dari penjara di Selangor, hanya tangisan mengiringi penyatuan semula dia dengan isterinya yang setia menunggu selama 20 tahun. Mengimbau hari pembebasannya pada 17 Ogos lalu, dia berkata, hari tersebut tidak seperti hari lain apabila dia bersama tujuh rakan yang juga bekas ahli Al-Maunah dipanggil ke pejabat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya