Syed Saddiq serah permohonan pendaftaran MUDA kepada ROS - Utusan Malaysia

Syed Saddiq serah permohonan pendaftaran MUDA kepada ROS

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman (tengah) menunjukkan slip permohonan pendaftaran parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) di sini, hari ini.-UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengemukakan permohonan rasmi penubuhan Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) sebagai parti politik kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Syed Saddiq antara pengasas Parti Perikatan Demokratik itu berkata, pihak ROS memberikan layanan yang sangat baik dan berharap permohonan itu mendapat kelulusan segera supaya lebih ramai dapat menyertai parti itu.

Jelasnya, pihaknya akan mengadakan pengumuman dalam masa terdekat berhubung senarai jawatankuasa tertinggi serta barisan 13 penaja yang mewakili parti itu.

“Parti MUDA mewakili semua lapisan masyarakat tidak faktor umur serta terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa yang mewakili idealisme tersendiri. Malah, parti ini akan menjadi pembela bagi mana-mana golongan susah yang memerlukan bantuan.

“Suara kita mewakili pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan eksekutif, petani, guru dan aktivis sosial sekali gus menjadi parti yang akan dipimpin oleh majoriti anak muda,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghantar borang permohonan itu di sini hari ini.

Mengulas mengenai sambutan yang diterima setakat ini, kata Ahli Parlimen Muar itu, pihaknya menerima sambutan yang sangat menggalakkan dan proses interim akan dilakukan segera untuk menarik minat penyertaan orang ramai ke dalam parti itu.

“Seperti hari ini, kita ada wakil bekas pimpinan mahasiswa daripada Pas, Afiqah Zulkifli yang lantang bersuara mengenai kebebasan akademik semasa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dahulu.

“Dia juga tidak mengeluh apabila digantung selama dua semester dan menjadi pemandu Grab sehingga diangkat sebagai seorang pemimpin parti di peringkat nasional,” jelasnya.

Beliau malah menegaskan penubuhan parti MUDA sebagai mewakili pelbagai latar belakang dan bukan hanya untuk golongan bangsawan, elit mahupun keluarga politik yang sama.

“Kita hendak berjuang secara ikhlas demi negara tercinta dengan membawa jiwa serta semangat rakyat dan parti ini adalah mewakili suara setiap golongan daripada peringkat akar umbi sehingga peringkat tertinggi,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya