Syarikat telekomunikasi tawar harga rendah untuk belia - Utusan Malaysia

Syarikat telekomunikasi tawar harga rendah untuk belia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan komunikasi dalam negara menyambut baik saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyediakan pelbagai pakej jalur lebar bagi golongon belia.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkata, pakej yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi mengambil kira keperluan belia mendapatkan capaian internet dengan harga lebih rendah.

“Pakej langganan yang disediakan oleh syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi sentiasa mengambil kira keperluan belia terhadap capaian jalur lebar yang murah dan berterusan.

“SKMM kini sedang mengambil langkah memperkasakan fungsi 1,064 Pusat Internet Komuniti (PIK) di seluruh negara sebagai pusat transformasi digital untuk masyarakat setempat dengan menjadikan golongan belia sebagai sasaran utama,” katanya melalui kenyataan media.

Beberapa syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang memperkenalkan pakej jalur lebar bersesuaian adalah Celcom, Maxis, Umobile, Digi dan Telekom Malaysia (TM). 

Pakej yang ditawarkan termasuk langganan pas mingguan serendah RM12 oleh Celcom dan pas bulanan serendah RM35 oleh Digi. 

Menurut SKMM, sebagai salah satu agensi kerajaan yang terlibat dalam penyediaan infrastruktur telekomunikasi yang mampan di bawah inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA), pihaknya telah membantu melaksanakan agenda pembangunan modal insan dalam sektor digital.

“Tinjauan oleh SKMM terhadap penggunaan perkhidmatan jalur lebar pada 2018 mendedahkan bahawa golongan belia membentuk komposisi di mana 67.8% daripada 28.7 juta pengguna Internet, 80.9% atau 16.6 juta terlibat dengan aktiviti e-dagang, dan 78.4% menggunakan Internet setiap hari antara 1-12 jam.

“Tinjauan ini juga menunjukkan kecenderungan golongan belia menggunakan Internet sebagai platform utama untuk mencari pekerjaan, bermain permainan dalam talian, mendapatkan hiburan, berkomunikasi dan mencari maklumat,” katanya.

Selain itu, tambahnya, inisiatif itu juga dibawakan selepas seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah, Veveonah Mosibin dituduh menipu memanjat pokok bagi mendapatkan capaian internet.

Katanya, PIK mampu menyediakan latihan yang lebih canggih untuk latihan-latihan reka cipta dan kemahiran asas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“PIK mampu menyediakan pengaturcaraan, aplikasi robotik, penciptaan aplikasi mudah alih, keusahawanan e-dagang, animasi, penerbitan video dan pencetakan tiga (3) dimensi boleh dimanfaatkan oleh golongan belia untuk menambah kemahiran dan mencipta inovasi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya