Sultan Ibrahim ziarah Makam Diraja Bukit Mahmoodiah - Utusan Malaysia

Sultan Ibrahim ziarah Makam Diraja Bukit Mahmoodiah

SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar membaca doa ketika berangkat menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di Johor Bahru sempena Hari Hol. - FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan berangkat menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini sempena Hari Hol.

Menurut Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda menyiram air mawar dan menabur bunga pada makam ayahanda baginda, Sultan Iskandar Sultan Ismail dan bonda, Enche’ Besar Khalsom Abdullah.

Baginda turut berkenan menziarahi pusara anakanda,Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad mengiringi bacaan doa pada setiap pusara yang diziarahi baginda.

Terdahulu, keberangkatan tiba Sultan Ibrahim diiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Berangkat sama, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Di Johor, Hari Hol adalah hari memperingati ulang tahun kemangkatan almarhum sultan-sultan.

Berdasarkan kalendar Islam, Hari Hol yang pertama diadakan pada tahun 1896 iaitu setahun selepas kemangkatan Sultan Sir Abu Bakar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya