SPRM siasat pencerobohan tanah dijadikan ladang durian di Raub - Utusan Malaysia

SPRM siasat pencerobohan tanah dijadikan ladang durian di Raub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan kegiatan rasuah atau salah guna kuasa dalam isu pencerobohan tanah kerajaan negeri yang dijadikan ladang durian secara haram di Raub.

Agensi penguatkuasaan itu dalam kenyataannya berkata, SPRM Pahang telah memulakan siasatan berkaitan isu pencerobohan tersebut. 

Ketika ini, kata kenyataan itu, SPRM sedang mengumpul maklumat dan meneliti beberapa dokumen berkaitan daripada pihak terlibat. 

“Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan pencerobohan tanah di Raub untuk melaporkan terus kepada pejabat SPRM berdekatan,” katanya kenyataan tersebut di sini hari ini.

Pada 1 Ogos lalu, kerajaan Pahang mula bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan secara haram di atas tanah kerajaan dan kawasan hutan simpan.

Tindakan itu dilakukan, berikutan kerajaan negeri mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah dari kebun haram dan kawasan hutan simpan. 

Pada 28 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan permohonan 111 pekebun haram di Raub bagi semakan kehakiman untuk membatalkan notis pengosongan tanah yang melibatkan kebun-kebun itu sehingga 28 Oktober depan. 

Sehingga permohonan itu didengar oleh Mahkamah Tinggi, kerajaan negeri terpaksa menangguhkan buat sementara semua tindakan bagi menguatkuasakan notis pengosongan berkenaan. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN