SPRM cari dua individu bantu siasatan rasuah - Utusan Malaysia

SPRM cari dua individu bantu siasatan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah.

Untuk kes pertama, SPRM melalui Bahagian Operasi Khas (BOK) sedang mengesan seorang wanita bernama Mala K.N.K Nair berusia 61 tahun dengan alamat terakhir di No. 6, Lorong Dato Sulaiman 2, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur.

MALA K.N.K NAIR
DI THIEN CHON

 

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Pesuruhjaya Mohd. Nasir Ahmad Tajudin di talian 016-3761940,” kata kenyataan itu.

Dalam perkembangan sama, kenyataan tersebut turut menyatakan SPRM Kuala Lumpur sedang mencari seorang lelaki bernama Di Thien Chon, 50, yang dengan alamat terakhir di No 29, Jalan Dato Haji 1, Taman Tan Yew Lai, 58200, Kuala Lumpur.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Thien Chon diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Muhamad Firdaus Md Saad di talian 03-9206 5000 atau 019-4728260,”kata kenyataan itu lagi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN