Siapa sokong ‘kerajaan baharu’ Anwar? - Utusan Malaysia

Siapa sokong ‘kerajaan baharu’ Anwar?

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rancangan pembentukan kerajaan baharu di bawah kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilanda masalah apabila UMNO dan DAP secara jelas menolak untuk bekerjasama dalam gabungan tersebut.

Meskipun Anwar tidak menjelaskan senarai nama ahli Parlimen UMNO secara khusus yang menyokongnya, Presiden PKR itu berkata dalam gabungan baharu tersebut ia melibatkan UMNO yang merupakan parti orang Melayu.

Bagaimanapun, ahli Parlimen UMNO yang nama mereka tersebar kerana dikatakan bersama Anwar seorang demi seorang menafikannya.

DAP pula secara tegas menjelaskan tidak akan bekerjasama dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apatah lagi bersama UMNO dalam gabungan baharu yang bakal dibentuk Anwar.

Ia dinyatakan sendiri oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dengan menegaskan, walaupun kesemua 43 ahli Parlimen DAP sebelum ini menyatakan sokongan penuh terhadap kerajaan baharu Anwar, namun ia berubah apabila mendapat tahu ia mempunyai kerjasama dengan UMNO.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menasihatkan Guan Eng supaya bertenang dan tidak perlu sakit kepala memikirkan ‘kerjasama’ UMNO dengan Anwar.

Katanya, parti itu juga memberi jaminan bahawa UMNO tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan mana-mana pakatan parti yang di dalamnya ada DAP. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN