ShopMYairports diyakini sumbang 10 peratus jualan runcit - Utusan Malaysia

ShopMYairports diyakini sumbang 10 peratus jualan runcit

WEE Ka Siong (tengah) pada majlis perasmian platform e-dagang Shopmy Airports di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Platform e-dagang runcit pelancongan ‘shopMYairports’ yang pertama dilancarkan di negara ini, diyakini dapat menyumbang sebanyak 10 peratus peningkatan daripada jualan runcit di semua lapangan terbang yang dikendalikannya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, sebelum pandemik Covid-19, jumlah keseluruhan jualan runcit yang dicatatkan di semua 39 lapangan terbang adalah sebanyak RM2.8 bilion.

Beliau berharap sektor e-dagang berupaya menyumbang kepada ekonomi digital dengan unjuran pertumbuhan sebanyak 20 peratus disasarkan pada tahun ini.

“Ini bermaksud bahawa terdapat potensi pertumbuhan yang signifikan bagi Malaysia Airports dan rakan niaga runcit yang lain.

“Kita sasarkan melalui platform shopMYairports ini, ia akan dapat memacu jualan runcit sekali gus memberi peluang kepada peruncit di lapangan terbang untuk mengembangkan pasaran mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian shopMYairports di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Malaysia Airports, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Shukri Mohd Salleh.

Menerusi platform e-dagang itu, orang ramai boleh membuat pelbagai pilihan produk di www.shopmyairpots.com.my seperti kecantikan, kosmetik, barangan eletronik, makanan dan minuman merangkumi jenama runcit Eraman, Karyaneka, Noodles, Sama-Sama Hotel dan Sprint-Cass.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, pengenalan platform dalam talian itu merupakan sebahagian daripada rancangan Airport 4.0 melalui inisiatif transformasi digital bagi meningkatkan pengalaman penumpang terutamanya semasa membeli belah di bahagian peruncitan yang disediakan.

“Ia juga adalah sebahagian daripada usaha operasi lapangan terbang dalam memulihkan perniagaan peruncitan di lapangan terbang yang terjejas akibat wabak Covid-19. Pelancaran shopMYairports adalah langkah penting bagi memberi jaminan masa depan yang lebih baik kepada sektor tersebut.

“Sebagai pengendali lapangan terbang utama negara, kami harus memastikan ketangkasan dan kekal relevan dalam landskap pengguna yang berubah dengan pantas,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata bermula tahun depan, peruncit di lapangan terbang akan menikmati pengurangan kadar sewaan sehingga 30 peratus daripada kadar sewaan sekarang.

“Inisiatif ini diberikan supaya mereka dapat meneruskan dan menawarkan pengalaman runcit yang menarik kepada pengunjung lapangan terbang sementara melihat pemulihan secara beransur-ansur dalam industri penerbangan.

“Peruncit lapangan terbang turut menikmati rebat sebanyak 50 peratus selama enam bulan pada tahun ini. Pakej bantuan ini berjumlah kira-kira RM22 juta membabitkan seramai 650 penyewa sektor runcit yang kebanyakannya dalam kalangan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya